Ringkasannya: Allah mengutuskan Nabi Muhammad saw di kalangan orang Arab bagi membersihkan mereka dari kesesatan dan supaya mereka mentauhidkan Allah. Al Quran pula diturunkan membawa hukum dan peraturan hidup.
Kedatangan Nabi Muhammad saw memang telah disebut dalam Taurat tapi mereka tak percaya, mereka diibaratkan macam kaldai membawa kitab tapi tak faham isi kandungannya.
Orang yang mengatakan dirinya kekasih Allah disarankan untuk mati untuk tahu kebenarannya, tapi mereka takut kerana masih berdosa. Walau bagaimanapun maut akan datang juga bila tiba masanya. Dan balasannya sedia menunggu.
Apabila mendengar azan hendaklah berhenti segala urusniaga untuk pergi solat berjumaah. Apabila selesai bertebaranlah dengan urusan masing-masing demi kejayaan dunia akhhirat.
Makmum suatu Jumaat telah meninggalkan Nabi yang sedang berkutbah apabila ada pedagang baru sampai. Ambil ingat bahawa pahala dari Allah adalah lebih baik dari barangan dagangan yang dibawa mereka.
No comments:
Post a Comment